Selamat Datang Ke Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa
Kampung Melayu Majide

Badan Kebajikan



Sekitar Badan Kebajikan

Keahlian

Tiap-tiap ibu bapa atau penjaga dimana anaknya sedang belajar dalam di Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa, secara sendirinya menjadi Ahli Badan Kebajikan Sekolah.

Sumber Kewangan Badan Kebajikan.

Beberapa sumber kewangan yang diperolehi bagi menampung keperluan:

1) Derma dan ibu bapa / Penjaga RM20.00 Setahun.
2) Sewa kedai sekolah RM700 x 3 unit sebulan.
3) Sumbangan daripada ahli perseorangan, badan korporat dan sebagainya.

Projek yang telah dilaksanakan.

1) Membina 3 unit kedai sekolah.
2) Membina bangunan ICT RM100 000
3) Menampung bayaran gaji guru badan Badan Kebajikan, sejak tahun 2000 hingga kini
4) Membina bangunan TAJ
5) Mengawal pengawal lalu lintas dihadapan sekolah dan pembantu kebersihan sekolah
6) Membina laman sesawang SADAE (www.sadaejb.blogspot.com)

Fungsi Badan Kebajikan Sekolah

Pengertian

Badan bererti satu kumpulan yang terdiri dari beberapa orang ibu bapa dan guru.

Kebajikan ertinya sesuatu yang merupakan kebajikan atau kemajuan dalam bidang pelajaran atau persekolahan bagi pelajar-pelajar atau ibu bapa atau guru-guru atau masyarakat setempat atau lain-lain perkara kebajikan yang dimaksudkan.

Tujuan Badan Kebajikan Ditubuhkan

Mengadakan perbincangan untuk tujuan kebajikan dan kemajuan pelajaran pelajar-pelajar bagi setiap masa.

Membantu pihak guru dan tenaga pentadbiran dalam menyelesaikan pendapat dan menyalurkan maklumat diantara ibubapa dengan guru-guru dalam meningkatkan mutupelajaran anak-anak mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 S.A DATO' ABDULLAH ESA |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.