Selamat Datang Ke Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa
Kampung Melayu Majide

Peperiksaan Akhir SDEA dan SDKA 2014

Selamat Berjaya diucapkan kepada pelajar yang menduduki peperiksaan SDEA dan SDKA 2014, Semoga Segalanya dipermudahkan atas segalanya :)
*JADUAL PEPERIKSAAN AKAN DI KEMASKINI

Jadual Peperiksaan Terkini 2014


PERHATIAN

JADUAL PEPERIKSAAN TERKINI

Peperiksaan Setengah Tahun 2014

Bagi Tahap 1

Peperiksaan Di Jalankan Mulai 11 Mei 2014 hingga 18 Mei 2014


*Untuk Makluman Pada Hari Selasa ( 13 Mei 2014 ) Adalah Cuti Umum

Bagi Tahap 2

Peperiksaan Di Jalankan Mulai 19 Mei 2014 hingga 25 Mei 2014



SEBARANG PERUBAHAN AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN
KEPADA PARA IBU BAPA DAN GURU DIHARAP MENGAMBIL BERAT AKAN ANAK/ JAGAAN PIHAK TUAN, Terima Kasih
Selamat Menjalani Peperiksaan Dan Semoga Berjaya

Majlis Tilawah Alquran Peringkat Daerah

Pada 22 Jun 2011 yang lalu, Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa telah menyertai Majlis Tilawah Peringkat Daerah yang diadakan di Sekolah Agama Taman Ungku Tun Aminah, pihak sekolah telah menghantar 5 orang peserta yang layak untuk ke peringkat daerah, daripada 5 penyertaan, pihak sekolah telah berjaya merangkul 3 acara, majlis yang diadakan di sekolah tersebut amatlah memberangsangkan, Insyaallah, Johan akan ke peringkat Negeri di masa yang akan ditetapkan.

Peserta dan Guru Pengiring yang terlibat bergambar kenangan


Johan Tafsir Alquran Tahap 2


Naib Johan Alquran Tahap 1

Tempat Ketiga Alquran Tahap 1

Diucapkan Jutaan Tahniah kepada peserta yang berjaya, kepada yang kurang berjaya, usaha lagi ditahun akan datang, Insyaallah kejayaan bersama dengan insan yang sentiasa berusaha untuk berjaya, kepada guru yang terlibat, jutaan terima kasih diucapkan kerana bersama-sama menjayakan majlis tersebut.

Masa mengembara ke alam persekolahan telah tiba


Selamat Kembali ke Sekolah..terutama kepada pelajar dan khususnya kepada warga pendidik Sek Agama Abdullah Esa, moga dapat menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas, berkhemah lantas meningkatkan produktiviti kalian :)

Yeaaa yeaaa cuti sekolah tiba


Assalamualaikum..seluruh warga Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa mengucapkan selamat menyambut cuti persekolahan kepada seluruh tenaga kerja, warga pendidik, dan pelajar sekalian..diharap dalam tempoh cuti ini, buku tidak dipinggirkan terus dan diharap dapat memenuhinya dengan aktiviti yang berfaedah, apa2pun, semoga sihat dan berjumpa lagi dimasa akan datang -admin -

Mesyuarat Agung Dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan 2014




Mesyuarat Agung Dan Anugerah Kecemerlangan pelajar 2014 telah diadakan pada 26 April 2014, bertempat di Dewan Terbuka, Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa, majlis yang dirasmikan oleh YB TAN SERI HJ. SHAHRIR BIN ABD SAMAD AHLI PARLIMEN JOHOR BAHRU, turut dihadiri oleh wakil rasmi PPAD, Ustaz Hamdan Bin Salleh, majlis yang bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari, pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung, majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada pelajar sekolah. Majlis berjalan dengan lancar dan sempurna.

Mesyuarat Agong Kali ke 22 (2014- 2016)

Mesyuarat Agong Kali ke 22 dan penyampaian hadiah pelajar cemerlang akan diadakan pada :-
26 April 2014
Sabtu
8.30 Pagi
Sekolah Agama Dato'Abdullah Esa
Ibu Bapa /Penjaga dijemput hadir bagi memeriahkan majlis berkenaan..tq :)

Jadual Peperiksaan Setengah Tahun 2014/1435

Jadual Peperiksaan Setengah Tahun adalah sebagaimana berikut, untuk melihat dengan lebih jelas, sila klik gambar tersebut :)








Majlis Tilawah 1435H / 2014 M


Pada 21 April 2014 bersamaan 21 Jamadil Akhir 1435, satu majlis tilawah peringkat Zon 1 telah diadakan di Sekolah Agama Bandar Tiram. Majlis bermula jam 8.00 pagi, dan berakhir pada jam 1.00 petang. Jutaan terima kasih buat pihak yang terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung serta khususnya kepada warga guru dan warga kerja SADAE dan segenap wakil daripada pihak Zon 1 dalam menjayakan majlis tersebut.

Majlis Motivasi Keibubapaan 2011

Program keibubapaan bagi pelajar darjah 1 akan diadakan pada :-

sabtu, 16 hb 4 2011

jam: 7,30 pagi

diharap ibu bapa dan penjaga dapat meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan majlis tersebut

Sambutan Maulidur Rasul 1435H/2014 M


Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa telah mengadakan majlis maulidur rasul pada 9 Mac yang lalu, pelbagai slot telah diadakan bagi menjayakan dan memeriahkan majlis tersebut, dimulakan dengan perarakan yang bermula daripada sekolah, kemudian diikuti pula dengan ceramah agama dan penutup majlis akhirnya jamuan turut disediakan untuk para tetamu.



coret2: kalau mahu lihat gambar yang lain, boleh terus ke facebook sekolah :)


Pengubahsuaian Dewan Terbuka Dan Balai Islam



Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa membuka tirai 2011 dengan projek pengubahsuaian Dewan Terbuka dan Balai Islam yang membabitkan peruntukan sebanyak RM50 000, projek ini siap sepenuhnya berakhir bulan Februari 2011.



Badan Kebajikan



Sekitar Badan Kebajikan

Keahlian

Tiap-tiap ibu bapa atau penjaga dimana anaknya sedang belajar dalam di Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa, secara sendirinya menjadi Ahli Badan Kebajikan Sekolah.

Sumber Kewangan Badan Kebajikan.

Beberapa sumber kewangan yang diperolehi bagi menampung keperluan:

1) Derma dan ibu bapa / Penjaga RM20.00 Setahun.
2) Sewa kedai sekolah RM700 x 3 unit sebulan.
3) Sumbangan daripada ahli perseorangan, badan korporat dan sebagainya.

Projek yang telah dilaksanakan.

1) Membina 3 unit kedai sekolah.
2) Membina bangunan ICT RM100 000
3) Menampung bayaran gaji guru badan Badan Kebajikan, sejak tahun 2000 hingga kini
4) Membina bangunan TAJ
5) Mengawal pengawal lalu lintas dihadapan sekolah dan pembantu kebersihan sekolah
6) Membina laman sesawang SADAE (www.sadaejb.blogspot.com)

Fungsi Badan Kebajikan Sekolah

Pengertian

Badan bererti satu kumpulan yang terdiri dari beberapa orang ibu bapa dan guru.

Kebajikan ertinya sesuatu yang merupakan kebajikan atau kemajuan dalam bidang pelajaran atau persekolahan bagi pelajar-pelajar atau ibu bapa atau guru-guru atau masyarakat setempat atau lain-lain perkara kebajikan yang dimaksudkan.

Tujuan Badan Kebajikan Ditubuhkan

Mengadakan perbincangan untuk tujuan kebajikan dan kemajuan pelajaran pelajar-pelajar bagi setiap masa.

Membantu pihak guru dan tenaga pentadbiran dalam menyelesaikan pendapat dan menyalurkan maklumat diantara ibubapa dengan guru-guru dalam meningkatkan mutupelajaran anak-anak mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 S.A DATO' ABDULLAH ESA |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.