Selamat Datang Ke Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa
Kampung Melayu Majide

Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat


Pada 2 September 2010, Satu majlis berbuka puasa, solat hajat dan khatam Al-Quran telah diadakan bertempat di Dewan Terbuka sekolah. Majlis yang bermula jam 5.00 petang dan berakhir kira-kira 8.00 malam itu dimulakan dengan Khatam Al-quran yang terdiri daripada 10 orang peserta, dan kemudian disambung dengan majlis tahlil ringkas sementara menantikan waktu berbuka puasa beramai-ramai. Majlis walaubagaimanapun berjalan dengan lancar.

Ihya' Ramadhan


Selasa, 10 Ogos 2010, bersamaan 29 Sa'ban 2010, satu majlis Ihya' Ramadhan telah diadakan diperkarangan Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa,majlis yang bermula dari jam 3.30 petang sehingga 5.00 petang itu, berjalan dengan lancar dan sempurna sebagaimana yang dirancang. Majlis bermula dengan pelajar sekalian dihimpunkan di Balai Terbuka sekolah, jam 3.00 petang. Majlis diserikan dengan ceramah agama yang dikelolakan oleh pihak sekolah, dengan diserikan oleh penceramah yang terdiri daripada kalangan ustaz yang mengajar disekolah ini, iaitu Ustaz Sofian Bin Khalid. Majlis beransur tamat jam 5.00 petang setelah pelajar sekalian bersolat Asar berjemaah, dan akhirnya pelajar dibernarkan pulang ke rumah masing-masing.

Majlis Perpisahan



Pada 28 Julai 2010, satu majlis perpisahan, telah diadakan di Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa. Guru yang diraikan, Ustazah Nurul Aini Binti Tumirin dan Ustazah Norbaidawati Bte Md Shukri, masing-masing berpindah mengikuti suami dan menagguh perkhidmatan selama beberapa ketika dan juga berpindah Sekolah Agama Taman Daya. Perkhidmatan mereka ini tamat pada 2 Ogos 2010. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih diatas jasa dan tanggungjawab serta segala komitmen yang diberikan sepanjang berkhidmat disekolah ini, semoga berjumpa lagi dilain kali.

Lawatan ISO ( Fail Meja )


23 Julai 2010, pihak sekolah menerima lawatan dari pihak ISO dalaman bagi mengaudit pengurusan dan perjalanan sistem sekolah dan dalaman sekolah. Lawatan ini diketuai oleh Puan Normah, wakil Jabatan Agama Johor. Lawatan bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari, pelbagai soalan dan jawapan dikemukan bagi memantapkan ilmu dalam bidang pengurusan dan pentadbiran seko
lah, bagi tujuan menaikkan lagi taraf sekolah agama dimata mayarakat yang kian pudar. Keseluruhannya majlis berjalan dengan lancar dan diharapkan segala ilmu yang ada, dimantapkan oleh pihak guru dan warga SADAE bagi menjadikan pengurusan pentadbiran mantap,lantas menjadikan sekolah lebih cemerlang, gemilang dan terbilang

Hari Guru Daerah Johor Bahru


Bertempat di Kompleks Islam Johor, 9 Julai 2010, warga SADAE diberi kepercayaan untuk membabitkan diri dalam program sambutan hari guru peringkat daerah. Majlis yang bermula dari jam 8 pagi itu, diserikan lagi dengan 2 buah lagu, nyanyian warga SADAE, iaitu, lagu Guru Malaysia dan Guru Agama Johor, dalam majlis ini juga, pihak sekolah merangkul anugerah Tadika Agama Cemerlang. Majlis dirasmikan oleh pengarah Jabatan Agama Johor dan majlis berakhir dengan lancar.

Hari Terbuka & Keusahawanan setengah tahun 2010

Pada 6 Julai 2010 ( Selasa ), pihak sekolah telah mengadakan Majlis Hari Terbuka dan Keusahawanan. Majlis yang bermula jam 7.30 pagi sehingga 12.00 tengahari menyaksikanan kehadiran ibu bapa, penjaga mengambil bahagian dan mengambil kad penyata anak jagaan masing-masing. Peluang ini digunakan sebaik-baiknya oleh ibu bapa, penjaga bertemu dengan ustaz dan ustazah kepada anak jagaan mereka bagi mendapatkan maklmumbalas mengenai pelajaran anak-anak mereka, disamping memperbaiki pelajaran anak-anak mereka, tambahan mengeratkan hubungan diantara pihak sekolah, guru, ibu bapa, penjaga dan pengurusan sekolah. Dimasa ini juga mereka boleh berbincang bersama untuk membantu menaikkan pelajaran anak jagaan masing-masing. Setelah selesai berbincang dikelas masing-masing, ibu bapa dan penjaga menikmati juadah di bahagian gerai dan jualan. Pelbagai gerai dibuka bagi tujuan ini, dimana ada pelajar juga turut menyertai jualan bagi tujuan memupuk semangat kerjasama diantara mereka, pihak luar juga turut serta dalam menjayakan program keusahawanan ini. Apa yang menariknya, majlis kali ini terdapat rumah hantu yang dibina, menjadikan rumah tersebut sebagai tarikan utama. Walaubagaimanapun, secara keseluruhannya, majlis ini berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa masalah yang timbul, namun dapat diselesaikan dengan sewajarnya,pihak sekolah mengucapkan ribuan terima masih kepada pihak yang terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung.

Peratusan Murid




Kejayaan Murid




Kejayaan Guru




Aktiviti Luar




Lakaran bangunan







Guru-guru besar



BIL
NAMA GURU BESAR
TEMPOH
1
Ustaz Hj Mohd Zain Bin Abdul
1957-1960
2
Ustaz Hj Nasir Bin Hj Ilyas
1960-1972
3
Ustaz Hj Hasyim Bin Dahlan
1973-1976
4
Ustaz Hj Mustafa Bin Abdul Ghani
1976-1978
5
Ustaz Hj Salleh Bin Satak
1978-1983
6
Ustaz Hj Badri Bin Mukiban
1980-1984
7
Ustaz Hj Abdullah Bin Hj Nahar
1983-1993
8
Ustaz Hj Elias Bin Rahmat
1985-1987
9
Ustaz Hj Maskub Bin Hj Sibun
1988-1991
10
Ustaz Hj Ali Bin Ahmad
1991-1995
11
Ustaz Hj Said Bin Sarjo
1995-1996
12
Ustaz Zahari Bin Basiron
1996-1997
13
Ustaz Hj Abas Bin Abdul Aziz
1997-1999
14
Ustazah Hjh Norliah Bte Sulaiman
1999-2007
15
Ustaz Sazali Bin Misran
2007-2009
16
Ustazah Hjh Salminah Bte Hj Anuar
2009-2013
17
Ustaz Hj Kosni Bin Hj Harus
2013 hingga kini

Lencana Sekolah





Berasaskan daripada bulan dan bintang,
buku dan pen serta obor bagi melahirkan
satu identiti yang menggambarkan
Pendidikan Islam penting untuk asas kehidupan.

BULAN BINTANG
Asas pendidikan islam

BUKU
Melambangkan ilmu yang diamalkan

PEN
Melambangkan ketajaman fikiran dan penyambung kepada dunia keilmuan

OBOR
Penyuluh amalan agama sepanjang hayat

Lagu Sekolah

LAGU SEKOLAH
SEKOLAH AGAMA DATO’ ABDULLAH ESA



HIDAYAH

S. A. Dato’ Abdullah Esa
Masyhur nama sekolah ku
Ilmu dan amal menjadi inspirasi
Berlandskan Al-Quran dan sunnah

Kami generasi beriman
Mengamalkan akhlak mulia
Satu suara bertekad menggapai cita
Julang nama mu sekolah

Berusaha teguh
Sabar ikhlas qanaah
Tawadu’ zuhud beristiqamah
Asas menjadi muslim sejati
Yang berhemah dan seimbang
Di sini kami pelajari ilmu

Kami muslim bijak bistari
Menghargai jasa guru
Budi ibubapa sanjungan akhirat
Limpahkan hidayah
Ya Allah

Doa guru ibubapa kami mohon
Limpahkan hidayah
Ya Allah


SENI LAGU DAN LIRIK OLEH :
ISA AMRI

Visi, Misi Dan Wawasan



Membina Generasi Al-Quran Dan Al Sunnah

Sekolah Agama Dato’ Abdullah Esa Kg. Melayu Majidee Johor Bahru berhasrat membangunkan potensi dan kebolehan setiap individu murid untuk menjadi ahli keluarga, ahli masyarakat dan wargnegara yang mengamalkan ajaran Al-quran dan Al sunnah


selepas mengikuti kurikulum pendidikan Sekolah Agama Kerajan Johor,
Sekolah Agama Dato’ Abdullah Esa untuk mencapai hasrat dan cita-cita
melahirkan murid-murid yang :-

 Mempunyai keyakinan dan kepercayaan yang benar dan jati, jitu dan padu, mantap dan tidak berbelah bagi terhadap Allah Taala.

 Individu muslim yang berkualiti, beriman, berilmu, beramal dan berketerampilan.

 Individu muslim yang bersepadu, seimbang, berteraskan aqidah, syariat dan akhlak.

 Generasi berakhlak mulia melalui amalan ingat dan cinta kepada Allah, ikhlas, sabar, tawadu’, istiqamah, qanaah, zuhud dan sentiasa bertaubat kepada Allah Taala.

 Individu yang sihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Sejarah Sekolah



Ditubuhkan secara rasmi pada 24 Mac 1957 dengan jumlah murid seramai 75 orang. Dua buah kelas sahaja yang dibuka bagi darjah 1 dan 2. Pada ketika itu, sekolah agama ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Kg. Melayu Majidi pada sesi petang. Sekolah tersebut kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Mohd. Khir Johari yang terletak di Jalan Sekolah Kg. Melayu Majidi.
Guru Besar yang pertama ditugaskan di sekolah agama ini ialah Ustaz Haji Mohd Zain bin Abdul. Beliau memegang jawatan sebagai guru besar dan guru menunggal selama 2 tahun dan beliau mengajar di sekolah ini selama 3 tahun lebih dari tahun 1957 hingga 1960 .
Pada tahun 1967, nama sekolah Agama Kampung Melayu Majidi ditukar kepada Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa yang mengambil nama sempena nama orang yang berjasa kepada Kg. Melayu. Beliau ialah Yang Berhormat Dato' Abdullah Esa (Almarhum). Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab memohon ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim untuk membuka perkampungan orang – orang Melayu .
Dato' Abdullah Esa dilahirkan pada 18 Julai 1883. Pada tahun 1902, beliau menjadi kerani di Pejabat Pos Muar pada tahun 1909. Pada 1 Jun 1930, beliau memegang jawatan sebagai Pemangku Bendahari Negeri. Dato' Abdullah Esa juga pernah bertugas sebagai Pesuruh Jaya Segamat dan Batu Pahat .
Dilantik menjadi Ahli Majlis Negeri dan Ahli Majlis Eksekutif Negeri Johor. Beliau berpangkat kapten dalam JOHORE VOLUNTEER FORCERS ( JVF ) dan menjadi penghulu istiadat di Istana Besar Johor .
Dari tahun ke setahun, sekolah agama ini terus berkembang dari segi fizikal, bilangan murid dan tenaga pengajarnya. Hasil kutipan derma orang ramai, sebuah bangunan separuh kekal mengandungi 6 buah bilik darjah dan sebuah bilik guru besar telah dapat didirikan pada tahun 1967. Bangunan tersebut telah dirasmikan oleh wakil Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor iaitu Yang Berhormat Encik Sairan bin Sabtu , Pengerusi Kebajikan Masyarakat dan Agama Johor pada 12 Jamadil Awal 1388 bersamaan 7 Ogos 1968 .
Pada 21 Februari 1975, satu majlis penyerahan bangunan sekolah Agama Dato' Abdullah Esa dari bangunan rakyat kepada kerajaan Negeri Johor telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Ngah bin Abdul Rahman, Pengerusi Hal Ehwal Agama Negeri Johor .
Sekolah ini mempunyai Badan Kebajikan Islam (P.I.B.G.) yang dianggotai oleh 14 orang ahli jawatankuasa. Badan Kebajikan ini ditubuhkan pada tahun 1992. Tuan Haji Salleh bin Kemin merupakan Pengerusi Badan Kebajikan yang pertama. Pada tahun 2001, Tuan Haji Kamdi bin Haji Kamil pula mengambil alih tugas sebagai pengerusi Badan Kebajikan manakala Tuan Haji Salleh bin Kemin sebagai Timbalan Pengerusi serta dibantu oleh 14 ahli jawatankuasa .
Terdapat pelbagai aktiviti dan program telah diadakan antaranya menambahkan kemudahan fizikal, keceriaan, kebajikan kepada murid dan
ibu bapa. Di antara aktiviti keagamaan yang diadakan ialah majlis sambutan hari kebesaran agama, kelas Fardu Ain, kelas Al Qur'an, kursus Haji dan Umrah , Motivasi pelajar, guru – guru serta ibu bapa, Majlis Khatam Al – Qur'an, Hari Keusahawanan dan Majlis Berkhatan .
Badan Kebajikan Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa telah membina sebuah bangunan tiga tingkat berukuran 60 ' x 30'. Bangunan ini akan dikenali sebagai Bangunan Teknologi Maklumat (Blok I.C.T.). Bangunan ini mengandungi 2 buah kelas Tadika Agama Johor ( TAJ ), Pusat Sumber, Bilik Guru Penolong Kanan, Perpustakaan serta Bilik Tayang .
Usaha untuk menjayakan projek ini, satu dana berjumlah 500 RIBU RINGGIT telah dikumpulkan sejak 1998. Sumbangan yang diperolehi adalah dari kalangan ibu bapa, individu, ahli korporat serta syarikat– syarikat dan juga dari orang ramai .
Hasil kutipan derma tersebut bangunan tersebut telah mula beroperasi pada tahun 2001 dan telah siap dengan jayanya pada tahun 2003.

Sempena Kembara Mahkota 2002, DYAM Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor berkenan mencemar duli berada di Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa Kg. Melayu Majidi untuk majlis bersejarah PERASMIAN SEKOLAH. Ketibaan rombongan Tunku Mahkota telah disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar, berjalan menuju ke pentas khas sambil bersalaman dengan pegawai Jabatan Agama Negeri dan daerah serta AJK Badan Kebajikan, Guru Besar, guru – guru serta murid – murid .
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Sahibul Samahah Tuan Haji Mohd. Tahrir bin Dato' Kiyai Haji Shamsuddin, Timbalan Mufti Johor. Aturcara seterusnya ialah ucapan Pegawai Daerah Johor Bahru, YB. Dato' Sheikh A. Hardy bin Ahmad kemudian diikuti oleh titah ucapan DYAM Tunku Mahkota .
Selesai sahaja titah ucapan, Tunku Mahkota menuju ke tempat khas perasmian ( tugu perasmian ) untuk menarik tirai dan menandatangani papan perasmian. Sekali lagi doa perasmian dibacakan oleh Timbalan Mufti Johor. Selepas jamuan teh, DYAM Tunku Mahkota bermesra dengan AJK Badan Kebajikan, Guru Besar, guru–guru dan murid–murid SADAE. Dalam majlis tersebut juga, DYAM Mulia Tunku Mahkota telah menyampaikan
Sumbangan peribadi dua buah unit komputer kepada SADAE dan sekolah–sekolah sekitar Johor Bahru .
Pada 11 September 1996, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah yang pada ketika itu menjadi Pemangku Sultan Pahang juga berkenan mencemar duli, telah melawat Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa. Lawatan ini diiringi oleh Pegawai–pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Pahang .
Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk meninjau perkembangan dan perjalanan Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor. Ketibaan Tengku Mahkota dan Tengku Hajah Azizah binti Sultan Iskandar Al–Haj disambut oleh YB Dato' Haji Abdul Kadir Anuar, Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Johor dan pegawai–pegawai Jabatan Agama Johor .
Taklimat tentang sejarah sekolah dan perjalanan Sekolah Agama Johor sehingga kini disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Tahrir bin Kiyai Dato’ Haji Shamsuddin, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Agama Johor di Balai Islam sekolah ini .
Selesai sesi taklimat tersebut, Tengku Mahkota dan rombongan di bawa melihat beberapa bilik darjah, menyaksikan guru mengajar, bahan Bantu mengajar yang digunakan dan suasana bilik darjah .
Majlis Khatam Al Qur'an merupakan acara tahunan kegiatan kokurikulum agama. Kebiasaannya Majlis Khatam Al–Qur'an diadakan pada malam sebelum hari kemuncak Majlis Maulidur Rasul. Majlis tersebut disertai lebih kurang 100 orang murid lelaki dan perempuan sesi pagi dan petang .
Majlis ini diadakan sebagai menandakan bahawa mereka telah khatam membaca 30 juzuk Al–Qur'an. Ia juga bertujuan untuk memberi dorongan serta perangsang kepada pelajar–pelajar supaya lebih rajin mempelajari Al– Qur'an. Disamping itu untuk menguji bakat dan kebolehan mereka membaca Al – Qur'an dengan taranum dan tajwid yang betul
Dalam majlis ini, ibu bapa turut serta mengambil bahagian dalam membantu sekolah membuat persiapan. Semua ibu bapa pelajar yang menyertai majlis Khatam Al–Qur'an telah menyumbangkan bunga pahar yang disusun dihadapan pentas bagi menyerikan lagi majlis tersebut .
Sebelum majlis Khatam ini dimulakan, para peserta akan berarak beramai-ramai diikuti dengan paluan kompang sambil menuju ke Balai Islam. Acara yang dimulakan ialah ucapan perasmian oleh Timbalan Mufti Johor merangkap Ketua Penolong Pengarah Pendidikan, Jabatan Agama Johor, Sahibul Samahah Tuan Haji Mohd. Tahrir bin Dato' Kiyai Haji Shamsudin .
Seterusnya, peserta–peserta akan membaca Surah Ad Dhuha hingga surah terakhir dan diselang selikan dengan terjemahan surah–surah tersebut. Majlis ini diserikan juga dengan persembahan beberapa buah lagu nasyid .
Satu lagi acara tahunan sekolah ialah Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Selama beberapa tahun, seramai 3,000 murid, guru–guru, ibu bapa serta masyarakat tempatan telah mengadakan perarakan mengelilingi jalan– jalan utama sekitar Pekan Kg. Melayu sempena sambutan Maulidur Rasul.
Selepas perarakan diadakan pula acara dalam Dewan iaitu majlis ucapan, bacaan Al Qur'an dan terjemahan, berzanji dan marhaban kemudian diserikan lagi dengan persembahan nasyid oleh para pelajar. Objektif sambutan ini adalah untuk memberi kefahaman kepada pelajar dan orang ramai tentang perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. mengembangkan syiar Islam .
Manakala pada tahun 2004, sebuah dewan terbuka telah di dirikan dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM15 000 untuk kemudahan sekolah. 2 tahun selepas itu 3 buah kedai badan kebajikan telah dibangunkan dengan bermodalkan RM16 960, pada tahun yang sama juga sebuah pondok menunggu telah dibina
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 S.A DATO' ABDULLAH ESA |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.