Selamat Datang Ke Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa
Kampung Melayu Majide
Showing posts with label Kejayaan Murid Dan Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Kejayaan Murid Dan Sekolah. Show all posts

Majlis Tilawah Alquran Peringkat Daerah

Pada 22 Jun 2011 yang lalu, Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa telah menyertai Majlis Tilawah Peringkat Daerah yang diadakan di Sekolah Agama Taman Ungku Tun Aminah, pihak sekolah telah menghantar 5 orang peserta yang layak untuk ke peringkat daerah, daripada 5 penyertaan, pihak sekolah telah berjaya merangkul 3 acara, majlis yang diadakan di sekolah tersebut amatlah memberangsangkan, Insyaallah, Johan akan ke peringkat Negeri di masa yang akan ditetapkan.

Peserta dan Guru Pengiring yang terlibat bergambar kenangan


Johan Tafsir Alquran Tahap 2


Naib Johan Alquran Tahap 1

Tempat Ketiga Alquran Tahap 1

Diucapkan Jutaan Tahniah kepada peserta yang berjaya, kepada yang kurang berjaya, usaha lagi ditahun akan datang, Insyaallah kejayaan bersama dengan insan yang sentiasa berusaha untuk berjaya, kepada guru yang terlibat, jutaan terima kasih diucapkan kerana bersama-sama menjayakan majlis tersebut.

Majlis Tilawah 1435H / 2014 M


Pada 21 April 2014 bersamaan 21 Jamadil Akhir 1435, satu majlis tilawah peringkat Zon 1 telah diadakan di Sekolah Agama Bandar Tiram. Majlis bermula jam 8.00 pagi, dan berakhir pada jam 1.00 petang. Jutaan terima kasih buat pihak yang terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung serta khususnya kepada warga guru dan warga kerja SADAE dan segenap wakil daripada pihak Zon 1 dalam menjayakan majlis tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 S.A DATO' ABDULLAH ESA |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.